Selasa, 13 Januari 2009

RUMUSAN

PAKAIAN ORANG MELAYU AKAN CANTIK DIPAKAI APABILA TERDAPAT ORANG YANG BEGITU MENGHARGAINYA.... SESEORANG AKAN NAMPAK LEBIH MANIS,TAMPAN,AYU, DENGAN PAKAIAN INI.............................

PENGHARGAAN

Pakaian Tradisional tidak harus ditinggalkan..... Supaya generasi akan datang mengetahui akan kewujudan Pakain Tradisional..... Remaja juga harus memakainya dalam apa juga majlis yang dihadiri....
Kerajaan juga mengadakan kempen kesedaran tentng pakaian ini....

BATIK


Batik juga tidak ketinggalan dalam dunia fesyen pada hari ini....... Pelbagai jenis fesyen yang menggunakan batik ini.... Terdapat juga batik digunakan sebagai kain sarung dan digunakan sebagai pakaian harian... Corak batik hanya mempunyai bunga-bunga..... Harga batik berdasarkan kualiti batik tersebut... Tetapi batik dijual dalam harga yang berpatutan....

SONGKET

Songket berasal daripada kain biasa yang ditenun menggunakan tangan... Songket terdapat dalam pelbagai jenis corak.. Songket berasal daripada perkataan "menyogket" yang bermaksud menenun kain menggunakan benang emas dan perak.... Ia juga menunjukkan orang melayu kretif dalam menenun songket ini... Digunakan dalam majlis perkhawinan,dan menampakan keserian pengantin menggunakan songket...

BAJU KURUNG MODEN


Baju kurung moden kini kembali kepersada fesyen tanah air.....
Mempunyai ciri-ciri asas potongan blous... Feyen kainnya boleh dibuat seperti lipat kipas, lipat tepi dan lain-lain lagi.... Untuk membuat baju ini agar sukar kerana takut ukuran sebenar pemakai tidak dapat ukuran yang betul dan membuatkan si pemakai tidak selesa apabila memakainya... Anggaran untuk baju kurung moden ini ialah RM40.00

BAJU KURUNG KEDAH



Baju Kurung Kedah kurang popular... Hanya digunakan untuk beberapa majlis tertentu sahaja... Ciri-ciri baju kurung kedah ini ialah: labuh baju hanya bawah dari pinggul, lengan tidak menutupi semua bahagian lengan... Kain baju ini boleh dibuat pelbagai jenis bentuk..... Anggaran untuk menempah baju ini ialah dalam RM 32.00




BAJU MELAYU




Baju Melayu dipakai pada waktu tertentu sahaja... Ramai anak muda pada zaman sekarang tidak menyukai memakai baju melayu.... Ini membuatkan baju melayu mudah dilupakan pada zaman sekarang..... Mereka hanya memakai ketika Hari Raya,majlis perkhawinan mereka dan sebagai.... Tidak ramai yang mahir membuat baju melayu ini..... Anggaran untuk menempah baju melayu kira-kira RM30.00

BAJU KURUNG


Pada zaman sekarang, tidak kira bangsa telah memakai baju kurung...
Memandangkan Malaysia mempunyai banyak budaya tidak hairanlah ramai memakainya.. Untuk membuat Baju Kurung ia tidak mengambil masa yang lama.. Ramai orang lebih suka menempah baju ini memandangkan ramai yang sibuk bekerja... Anggaran untuk menempah sepasang Baju Kurung adalah RM 28.00...... Walaupun seorang wanita semoden manapun apabila mengenakan Baju Kurung akan menampakan keayuan semulajadi wanita tersebut......

Baju Kebaya sering dipakai pada hari raya,kenduri perkhawinan, dan lain-lain lagi.
Terdapat pelbagai jenis baju kebaya...........

jenis-jenis pakaian orang melayu

Terdapat pelbagai jenis pakaian orang melayu di Malaysia.......
Antaranya seperti

  1. Baju Melayu
  2. Baju Kebaya
  3. Baju Kurung Kedah
  4. Baju Kurung Moden
  5. Baju Kurung
  6. Dan Lain-lain